Kehidupan sekali lagi menemukan kita di taman yang dulunya pernah kita sama-sama usahakan. Lama ditinggalkan sampai menyuburkan
Friday, 27 November 2020
Monday, 24 July 2017
Musuh
Memang! Sentimental memang musuh yang paling ce***a.
Bau tanah yang kering kontang yang hanya setahun
semusim disinggahi hujan, bau kedai roti yang dibuka seawal mentari masih
ketiduran, aroma kopi Arab yang dibaluti bau falafel yang digoreng dalam minyak
panas sepulang daripada Subuh yang kedua-duanya terhasil daripada Mat’am Zumir
dan Maqha yang duduknya bersebelahan dan semua bau lain yang membunuh jiwa
orang yang bersentimental dengan kenangan lama.
Memang! Sentimental memang musuh yang paling
ce***a.
Mu’tah semakin hari semakin kosong dengan Melayu. Jalan-jalan
ke tempat utama, bau persekitaran dan hiruk-pikuk pekan hanya membunuh jiwa
mereka yang sentimental perlahan-perlahan dalam putaran kenangan. Menjadi
pelajar tahun akhir yang sepatutnya paling tua pengalaman telah melukis realiti
bahwa tidak ada lagi ‘abang-abang’ untuk memimpin tangan menunjukkan jalan,
mengajarkan bahasa juga meriuhkan suasana.
Memang! Sentimental memang musuh yang paling ce***a.
Memang! Sentimental memang musuh yang paling ce***a.
Kamu boleh bayangkan, hanya dengan bau-bauan yang
tidak boleh dilihat apa lagi dipegang, mereka yang sentimental boleh sampai
terhenti dan terbayang kenang-kenangan?
Ah! Memang, sentimental memang musuh yang paling ce***a.
Ah! Memang, sentimental memang musuh yang paling ce***a.
WK,
Mu'tah, 24 Julai 2017
.
Friday, 5 May 2017
Beranda
Kelmarin, saat senja berserak bangga
kita nikmatinya di beranda
seraya menghitung bersama detik suria
beradu menutup mata.
Tetapi hari ini senja hanyalah masa
buat jemariku terluka
akibat mengangkat kutip keping-keping
lara kegelisahan dan kemurungan
yang terkecai lantaran kau yang memilih untuk mengungsi dan pergi.
WK,
Mu'tah, 5 Mei 2017.
P/s: Esok bakal bermula peperiksaan akhir semester musim bunga. Doakan!

Wednesday, 26 April 2017
2 Kemungkinan
Petang atau lebih tepat aku sebut sebagai waktu senja aku sekarang lebih kerap diisi dengan dengan menonton pementasan terakhir daripada cik Suria yang ditekuni olehnya saban hari, dengan gaya berlainan, tanpa hadir jemu!
Saturday, 11 February 2017
Bila kebimbangan kau sudah memuncak benar dan kau hanya ada
Tuhan sebagai tempat meletakkan harap, doa-doa yang dibacakan tidak lagi
kedengaran suaranya. Hanya bising di dalam hati, ditemani air mata dan diisi
harapan.
Hari ini satu lagi mesej masuk di grup daripada kakak yang sulung, menyatakan bahawa setelah diperiksa oleh Doktor, ibu kami dikatakan terkena penyakit saraf kesan daripada jatuh sakit beberapa minggu lepas. Tapi segala puji bagi Tuhan yang penuh Rahmat, kesan sakit saraf itu hanya terkesan di bahagian muka dan bukannya seluruh badan.
Hati yang masih lagi belum kering dengan kesedihan ini kembali banjir. Saya lebih memilih untuk meluahkan di laman blog ini dengan harapan para pembacanya walaupun hanya satu atau dua orang, mendoakan kesembuhan bagi ibu saya yang saya sangat kasih dan rahmat bagi ibu bapa kita semua. Moga doa kalian yang lebih ikhlas dan dekat dengan Tuhan dimakbulkan.
اللهم يشفيها شفاء عاجلا واللهم ارحم والدينا أجمعين. آمين
Jazakumullah Khoir.

Thursday, 29 September 2016
Hakim bermimpi
Dalam satu
sesi berborak sesama sepupu yang selalu benar bersua muka antara satu sama
lain, Munirah yang sudah menginjak ke Tahun 3 di sebuah sekolah rendah swasta
di sini membuka cerita tentang tidur dan bermimpi.
Wednesday, 17 August 2016
Coret 5- Edisi Cuti Soifi
1. Gementar juga nak mulakan penulisan pertama di Malaysia ni,
walaupun penulis sendiri tak jelas kenapa beliau gementar. Mungkin juga beliau
sejenis manusia yang akan gementar untuk setiap perkara yang dihadapi buat kali
pertama.
Subscribe to:
Posts (Atom)