Tuesday 21 February 2023

Salah Soal

Dulu aku pernah terfikir apa akan jadi jika kita berpeluang untuk menatap terbit dan terbenamnya matahari bersama, apakah aku masih boleh memilih untuk menatap yang mana?

Setelah kita bersama aku sedar soalanku salah.

Kerana kau keindahan yang takkan pernah terbenam, sentiasa terbit dari ufuk perasaan.

Kerana kau, puisi perasaan yang Tuhan izinkan untuk aku bacakan.

Selamat ulang tahun, Sayang. 

Moga kau sudi untuk terus 
terbit dan menyinari dunia kita. 


WK,
Mengabang Telipot, 21 Februari 2023.