Thursday 28 January 2016

Coret 1

Masa-masa cuti ni rasa macam dah selesai segala perjuangan segala kerja segala penat walhal pada hakikatnya baru sahaja mahu bermula.

Tuesday 26 January 2016

Perpindahan

Malam semalam, ketika ralit menyusun madah untuk ditasjil keesokan harinya(hari ini), sedang cuaca di luar kehujanan butiran lembut berwarna putih, kakak di kampung menghantar dua tiga keping gambar dan video menunjukkan hakisan pantai yang terletak tidak jauh daripada rumah mencapai kemuncaknya semalam.