Thursday 28 January 2016

Coret 1

Masa-masa cuti ni rasa macam dah selesai segala perjuangan segala kerja segala penat walhal pada hakikatnya baru sahaja mahu bermula.


Bertukar-tukar laptop juga peranti, keluar hanya untuk solat di surau, selepas Maghrib ber'ukhuwwah' di Solah Askari, balik pekena mansaf setelah sefasal  ku idam, sampai di rumah teruskan menambah lemak. Nikmat!

Tapi dari mana rasa kosong ini tiba? Oh ya, ku lupa, ini semua fana' dunia, mana mungkin kekal lazatnya! Kadang jemu pula memetik kalam Tuhan kerana walhasilnya sama, selepas dibaca, diabai juga. Tapi insan fitrahnya pelupa, peringatan jualah penawarnya.

P/s: kan mudah kalau tulis pendek-pendek macam ni je semua. Tiap-tiap hari boleh update. Nantikan coretan(baca: malas menulis) lain selepas ni. 

1 comment: