Sunday 21 February 2016

Coret 2

Sibuk sikit dua tiga minggu ni. Biasalah orang baru nak 'berlayar', banyak benda kena siapkan yedak. 
Nak kongsi dua tiga peristiwa jah kali ni. Selingan kata orang. selingan bersama debu-debu di sini. Ehem. 


1. Khamis lepas, Dr. Syuweisy dalam kelas ahkam waqf wal hibah wal luqotoh, Doktor sentuh bab dalil pensyariatan waqaf. Sampai kat hadis:  "...إذا مات ابنُ آدمَ انقطع عملُه إلا من ثلاثٍ"(Bila meninggalnya anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga...), Doktor banyak sentuh pasal matan: "أو ولدٌ صالحٌ يدعو له..."(... atau anak soleh yang mendoakannya). Dan tazkirah doktor pada hari tersebut(hampir setiap hari tazkirah kami) pun bermula berkenaan pentingnya bagi semua untuk menghormati ibu bapa. dan Doktor ada menujukan nasihat khusus kepada kami(baca: pelajar bukan Arab), agar sekurang-kurangnya menghubungi ibu bapa di negara memasing setian minggu tak kira melalui aplikasi apa; WhatsApp, Skype dll. 

Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut, dah hampir sepuluh hari tak kontek orang di Malaysia dan lagi kebetulan, pagi tu memang niat nak telefon Malaysia lepas tamat kelas petang tu, tapi mungkin Allah nak tegur juga dengan wasilah tazkirah daripada Dr. Syuweisy. 

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat sepEjuangan(andai terbaca tulisan ini),  agar praktiskan nasihat ini iaitu paling busuk, seminggu sekali telefon la mak ayah kita kat kampung mahupun yang di bandaraya sana. Takkan nak tunggu mereka cakap rindu baru kita nak telefonJangan sudah kehilAngan baru ingin belajar rasa menghargai!

2. Malam tu pihak AJK Program Annual Grand Meeting(AGM) PERMATA 
(baca: Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA) adakan program bicara bersama al-Fadhil ustaz Hanafi atau lebih masyhur dengan gelaran Ustaz Nasaie. Dalam program tersebut banyak benau yang dikongsikan terutama cerita beliau menuntut ilmu yang bukanlah terlalu malaikat(seperti yang beliau sering ulang-ulang dalam program tersebut), tapi tetap jauh bezanya dibandingkan dengan pemilik belog yang sedang menaip cerita sambil mendengar lagu Anuar Zain secara autoplay di YouTube(bukan sebab minat tapi sebab autoplay tahu!).

Nasihat paling perlu diberikan perhatian lebih pada malam tersebut ialah nasihat yang dituturkan beliau tika di akhir-akhir program yang bermaksud: "Ana nak cerita banyok-banyok pung takdok guno jugok sebab berbalik pada diri tuan-tuan jugak sama ada lepas tahu sedikit sebanyak tadi nak amal atau sekadar dengar tanpa perubahan." Jujurnya ayat beliau agak lain tapi dah tulis awal-awal lagi "bermaksud" nak bagitahu quote ni  hanya apa yang diingat dan difahami daripada malam tersebut.

Benarlah menjadi orang yang tahu ni susah. Kenapa susah? Sebab nanti akan disoal adakah diamal perkara yang kau tahu itu? Tapi takkan sebab malas beramal kita nak berhenti belajar 
yedak. Perbaharui niat belajar untuk amal, bukan sekadar untuk disebut sebagai orang yang tahu supaya tidak tidak didakwa kerana menjadi tahu!

"...Golongan kedua pula adalah orang yang telah menuntut ilmu, mengajarnya dan membaca Al-Quran. Dia dipanggil, lalu diperlihatkan kepadanya nikmat yang telah diberi kepadanya, lalu dia ditanya tentangnya. Dia mengatakan, ‘Sungguh aku telah menuntut ilmu dan mengajarnya untukMu Wahai Allah, dan aku telah membaca Al-Quran untukMu wahai Allah.’ Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau berdusta. Engkau menuntut ilmu supaya engkau dikatakan sebagai alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya engkau dikatakan sebagai qari’, dan engkau telah pun dikatakan begitu oleh manusia.’ Maka dia pun diseret dengan wajahnya di tanah dan dihumban dalam api Neraka..." (RIwayat Muslim)

3. Jumaat lepas, secara rasmi mendapat beban baru di pundak. Banyak(ada lah yang pasti) harapan daripada ahli ditujukan khas kepada bahagian yang dipegang. Bimbang. Mujur dapat orang-orang sebelah yang power ya Rabbi.


4. Ingat nak buat banyak poin lagi tapi tak sangka jadi panjang pula, Cukuplah dua cerita yang baru lepas ni.

 

No comments:

Post a Comment