Wednesday 15 June 2016

Malik

Sedang enak Malik melayan bacaan imam terawih yang dijemput khas, seorang ustaz lepasan ijazah tanah Arab pada rakaat pertama yang kedua, tiba-tiba pandangan Malik gelap.

Gelap fikir Malik kerana dia pitam tapi mana mungkin dia boleh terfikir bahawa dia sedang pitam ketika dia sedang pitam? Rupanya, masjid tersebut blackout.

Selesai memberi salam, Malik menoleh ke belakang. Kelihatan sebahagian besar jemaah membuat keputusan untuk beredar awal daripada masjid sebelum witir. Barangkali tidak tahan kerana panas atau mungkin ada di kalangan mereka yang beredar itu, fobia dengan keadaan gelap. Malik steady meneruskan solat.

Solat dalam keadaan gelap, Malik termuhasabah dirinya. Bagaimana hidup dia di kubur kelak? Cukupkah amalannya untuk memberi cahaya di alam kubur nanti? Malik insaf.

Selesai terawih Malik pekena dua batang Marlboro Merah dan setin Pepsi rendah gula. Moreh bujang getus hati Malik.

No comments:

Post a Comment