Thursday 16 June 2016

Coret 4

1. Tahun ni masuk tahun kedua berpuasa Ramadan di bumi Syam ni. Hakikatnya, takdak lah teruk sangat pun puasa sendri jauh daripada keluarga ni.



Mung kena reti lah sibukkan diri supaya tak fikir sangat rindu tu. Tapi isunya timbul bila ada yang jenis upload gambar kuih-kuih Malaysia di media sosial ni. Jenis takdok hati peruk. Tapi yelah, kalau rasa tak nak marah sebab tu, tak payah daftar pakai media sosiallah.
Life is a choice, isn't it?
2. Ramadan kali ni lebih terisi berbanding tahun lepas. Mungkin kesedaran Allah kurniakan tahun ini lebih daripada tahun lalu, Alhamdulillah. Definisi terisi tu berbeza benau setiap orang ni. Terisi pada saya mungkin tak sama dengan para pembaca sekalian. Moga terisi yang kita rasa ini tak sia-sia.

3. Tulisan kurang dilepaskan bukan kerana tidak menulis tapi memilih masa untuk dilepas. Lain rasanya bila melihat draf yang sudah mencecah sepuluh buah ini menunggu masak. Terima kasih atas nasihat sahabat merangkap senior.  

4. Satu keputusan besar diambil tempoh hari. Dua secara tepat. Satunya kepala dan jiwa setuju untuk 'mengurangkan sinar' dan yang keduanya dalam rela paksa menghalau rerama agar dapat ia terbang kembali tapi dengan harapan kembali semula bertenggek atas panggilan takdir dari Tuhan. Berharap benar supaya ia kembali dan memahami kenapa dihalau bentar tadi.

"Be careful, the weight of fate is against you and this may not be a fight. This is going to be a very heavy defeat." Let's see.

No comments:

Post a Comment