Sunday 27 September 2015

Mengisi cuti Soifi - Bahagian 1

Fasal awal bagi tahun kedua pengajian di Jordan bakal bermula esok. Jadi, disebabkan tak berani nak ambil risiko bertangguh dalam menulis, sambil menyeru semangat datang, saya ambil keputusan menulis di petang cuti terakhir soifi(baca: musim panas) yang damai ini.




Travel lah selagi boleh berjalan. 
Pengalaman lagi mahai dari duit, lagi-lagi kalau duit ringgit. keh.



Jadi seperti yang dijanji dalam entry lepas, kisah permusafiran lepas akan diceritakan serba sedikit dalam belog ini. Akan ada cerita yang detail dan akan ada cerita yang hanya menyentuh permukaan. Ada cerita beronok-ronok, ade yang seronok dan ada yang tak berapa ronok. Kalau orang lain lebih gemar menulis hanya sisi baik dalam travel(atau mungkin mereka tiada sisi buruk daripada pengalaman travel seperti saya), tapi saya lebih gemar berkongsi semua sebab ini kan belog saya. Jadi hak saya lah. Tudya.

Sebenarnya tujuan utama nak tulis pasal cerita travel  haritu sebab nak kongsi gambar-gambar sebenarnya. Kalau nak masukkan di Instagram, macam banyak sangat.
"Pahtu awat tak upload kat FaceBook?"

Saya pun tak dapat berikan jawapan solid akan soalan tersebut. Mungkin sebab belog ni belum ramai lagi yang tahu kewujudannya dan kebetulan saya pun jenis tak berminat untuk kongsi cerita dengan ramai orang. Dan di sini pun bukanlah saya berhasrat untuk berkongsi semua sekali gambar yang ada, sekadar dua tiga gambar yang dirasakan tak layak di Instagram, dikongsi di sini. Jadi anda selaku dua tiga pembaca mungkin dikira bernasib baik kerana mendapat perkongsian daripada saya. kah!

Pertengahan bulan Ramadan yang lepas, kawan daripada Irbid menelefon untuk bertanyakan keputusan sama ada nak turut serta bermusafir ke Turki pada musim cuti soifi depan. Soalan ini hanyalah sekadar untuk mengakid(memastikan) saya betul-betul boleh join sekali disebabkan ketika itu mereka berada di ejen travel  untuk urusan pembelian tiket. Disebabkan perbincangan secara masak dengan mak ayah pun dan setel, saya pun tanpa lengah 'mengompemkan' boleh ikut sekali.

Alhamdulillah, walaupun dua minggu sebelum flight dapat whatsapp daripada abang di Malaysia cakap jangan pergi Turki sebab mata wang jatuh, diberi hujah bela diri akhirnya dibenarkan.

"Tudya banyak duit enta, duit RM tengah jatuh pun boleh duk jalan-jalan lagi," kata beberapa orang dengan lafaz berbeza tapi dengan makna sama lepas tahu pasal kepergian ke Turki haritu.

Bukan duit banyak sahabat, tapi tiket pun dah beli sebelum RM jatuh lagi. Kalau tak pergi langsung lagi teruk ruginya, idok gitu ?

Gambar boarding pass yang selalu mereka yang
 naik flight upkan di laman-laman sosial.
Saya tak selalu, jadi saya upkan di belog jelah.


Hanya melawat beberapa negeri di Turki dan semua negeri yang disinggah memang kawasan yang akan dilawati oleh mereka yang sampai ke Turki. Sebenarnya kalau ikutkan hati, nak juga merasa negeri-negeri lain di Turki tapi apakan daya, kerja programmer diserahkan pada sahabat di Irbid, saya hanya mengikut umpama 'pak turut', tapi tak dinafikan ada buat kepala sendiri juga sekali dua. Perangai.

"20 hari takkan Turki je ?"

Tak. kami tambah lagi dua negara sebab alang-alang dah keluar ni 'cekau' la negara-negara yang dekat-dekat dengan Turki tu. Cadangan awal nak ke dua tiga negara Balkan(Bosnia, Croatia, Kosovo, Macedonia), tapi lepas dapat saranan daripada senior yang dah biasa travel, katanya lebih baik kami ke Romania dan Bulgaria, juga negara Balkan tapi mungkin sebab peratus ke'balkanan'nya kurang barangkali. Negara-negara Balkan lain tu habiskan sekali harung sekali dengan Greece pesan beliau. Tanpa fikir panjang, tambah yang senior tu pula power cakap, kami yang tak tahu apa-apa ni terus terpengaruh lah dan susun perjalanan atau budak-budak travel panggil itenary. oh ya, bagi yang tak pemalas nak cari sendiri, Balkan kalau tak silap, merupakan nama pergunungan yang mengunjur dari timur Serbia membawa ke Laut Hitam, di timur Bugaria.

Gambar nak  pergi Passport control di Ataturk Airport.


Nanti detail-detail 3 negara di atas saya cerita di entry lain. Sikit-sikit dahlah, tulis banyak nanti kau orang bukan rajin nak baca.


p/s: Kalian perasan tak apa yang berubah dalam penulisan saya kali ini ? Instead of  bahasakan diri sebagai 'aku', saya dah pakai kata ganti diri 'saya' supaya bunyi lebih berakhlak, beradab sopan, dan pantas dipuji makcik-makcik di kampung. Sekian. 







5 comments:

  1. Saya menantikan post2 yg mendatang dari Setad Waqi, ... hehe

    ReplyDelete
  2. Ejah sambungan laju sket abam waqi. Haha

    ReplyDelete
  3. Boleh tau total cost secara kasar travel ni tak ?

    ReplyDelete
  4. Boleh tau total cost secara kasar travel ni tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga haritu. dlm5k termasuk tiket flight dan sewa kete ke aqobah.

      Delete