Sunday 20 September 2015

Bunuh masa

Taip, padam, taip balik, was-was, padam balik, fikir, taip balik.

Perkara macam ni selalu sangat berlaku pada aku ni. Barangkali tak pasti apa yang ingin dikongsi, tak pasti apa yang ingin diluah dari hati. Mungkin sebab terlalu banyak yang berada di dalam hati, atau tiada apa sebenarnya yang perlu diceritakan di sini.

Tapi walhasil rasa diri kosong setelah dua hari pulang ke desa damai ini, jari rajin pula untuk menari di atas papan kekunci. Ingin berkongsi bukanlah matlamat asli tapi sekadar ingin membunuh waktu yang berbaki sebelum mulanya fasal depan ni.

Tak tahu nak menulis apa sebenarnya ni(baca: macam biasa). Tapi rasa nak menulis juga walaupun tahu tak ramai yang sudi baca. yelah, siapa nak baca blog yang updatenya jarang-jarang seathun dua tga kali. Posting  hari ni betul-betul sebulan dari tarikh update terakhir aku yang aku taip pakai hanset tu, tu pun kalau kalian baca lah tulisan tu.

Jadi ceritanya, baki cuti sebulan selepas fasal soifi (baca: summer sem) diisi selama 20 hari untuk merantau ke negara orang. Nak cakap backpackers, aku pun segan nak mengaku sebab tak berapa nak backpackers sangat. Kalau backpackers yang kalian faham itu ialah mereka yang bermusafir keluar membawa backpack, maka bolehlah dikatakan kami pada musafir lepas sebagai backpackers.

Cadangnya nak muatkan tulisan pengalaman bermusafir tempoh hari dalam laman ini, bila ada masa kosong. Jadi, doakanlah supaya Tuhan kurniakan aku kerajinan nak berkongsi dan dilapangkan daripada membuang masa aku yang mahal ni. Kau orang tunggu je mende tu sampai.

"...Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(103:2-3)

1 comment: