Thursday 20 August 2015

Wasilah mencapai matlamat.

Komitmen aku dengan menulis belum sampai tahap yang aku sendiri boleh puas hati. Bukan malas menulis, cumanya aku ni TERletak 'expectation' terlalu tinggi dalam menulis.
Aku nak orang baca tulisan aku walaupun baru tiga empat bulan mula menulis. Aku mahukan tulisan aku itu mampu berikan kesan pada zihin pembaca. Aku perlu pastikan setiap tulisan aku memalitkan nilai pada pembaca. Dan paling penting, aku punya aspirasi untuk bukukan tulisan aku ni. Haa, berwawasan kan. Ehem.

Terus, dengan setiap 'expectation' yang aku letak pada tulisan aku sendiri, aku kira aku pun tiada kederat(baca: kudrat) untuk penuhi 'expectations' tadi. Dan aku rasa aku perlu ubah tahap 'expectations' daripada aku sendiri.

Kenapa camtu ?
Sebabnya aku fikir kalau dengan disiplin aku macam ni, dua tiga bulan sekali pun susah nak hasilkan tulisan-tulisan yang penuhi semua ciri-ciri zaujah solehah seperti di atas. Eh, maksud aku ciri-ciri tulisan yang aku letak sendiri.

Dan aku terfikir pada satu benda yang lagi penting daripada perkara-perkara dunia yang aku 'list'kan tadi iaitu latihan . Ya, latihan lagi penting bagi aku sebab menerusi latihan lah kau nak capai 'expectation list' tadi. Alah, macam wasilah mencapai matlamat la kiranya. Contoh macam kita kahwin sebab ianya wasilah kita menuju syurga. Ok sebelum aku mula jadi da'ie media sosial baik aku berenti. Keh.

Jadi, lepas ni mungkin aku akan makin rajin nge'post' di sini. Aku cakap MUNGKIN tau, MUNGKIN, MAYBE، ربما. Kiranya kalau aku tak 'post' juga tu aku tak langgar janji pun. Kah, ayat nak selamat. Tapi insyaAllah aku cuba, demi kebaikan aku dan keluarga aku sendiri. Eceh.

 Aku qiaskan begini lah, Allah tak tanya Islam menang ke idok, tapi Allah tanya kau ada usaha ke tak nak menangkan Islam. Weh kau faham tak ni?

Ok dah sikit-sikit dahlah, nama pun latihan.
'Overrated tak tajuk aku letak dibandingkan isi ? Hehhh.
Tajuk nak ilmiah je. Isi tak sangat pun. Hmm.

P/s: aku menulis atas katil calon PhD di rumah sahabat aku, Faris Ismi di Amman je ni. Pakai hanset. Pakai hanset weh. Power betul aku rasa. Ok dah, tu je. Sekian.


No comments:

Post a Comment