Friday 5 June 2015

Soifi : 3 bulan yang panjang.

Bunga-bunga sudah tidak harum lagi, nafas-nafas hanya untuk tidak mati, tertawa rakan menjadi sepi..


Ok aku mengaku atas tu bukan ayat aku. Belum sampai lagi sastera aku tahap tu. hmm.
Bumi syuhada' ni makin hari makin suram dengan kelibat pelajar Melayu ni. Pi masjid pun Melayu dah tak ramai macam tengah-tengah fasal haritu. Yelah, tiap-tiap hari ada je yang ke mator (baca: airport), ada yang ke Eropah selfie depan Eifel, ada yang ke Mesir cari serai dan tak kurang jugak yang pulang ke watan tercinta pekena macam-macam makanan Malaysia sebab balas dendam setahun dua tak balik dan ada yang ambil peluang lepas rindu kat mak ayah memasing. *sebak*

 Perasaan yang aku hadap sekarang ni pernah rasa masa sekolah di Klang dulu. Orang lain balik cuti bermalam, kami dua tiga orang yang duk jauh-jauh stay di asrama je. Nak balik pun macam tak berbaloi sebab cuti 2 hari. Duk dalam bas dah makan dekat sehari pergi balik. Tiket lagi mahu cecah rm100. Ada yang dari utara ada yang dari timur macam aku.

Kalau diikutkan memang la sedih dengan suasananya yang sunyi, pastu dengan mak ayah datang jemput kawan-kawan tapi kita ni tengok dari tingkap asrama je.Nak nangis pun tak sesuai, misai dah tumbuh. Tapi bila dah keluar ni, baru perasan pengalaman paling banyak aku tempa kat sekolah dulu masa tu lah. Masa orang lain balik rumah dan kami yang dua tiga orang tadi stay di asrama mengenang nasib hidup yang melarat tanpa kudrat. Amboi, lebih pulak kan. hehh.

Masa nilah kami keluar pergi bandar tiap-tiap hari, pergi sekolah pakai selipar(kat KI kau nak masuk sekolah wajib pakai kasut.), pergi kedai makan sebelah asrama tiap-tiap malam, keluar ke KL dalam keadaan jakun sebab tak pernah keluar dari Terengganu tu pun sebelum ni. Malas lah nak sebut satu-satu kan sebab bukan elok sangat pun mende-mende yang kami buat tu, japgi korang taknak baca dah aku punya tulisan. korang kan suka judging. Eh.

Cerita pasal aku yang sekarang di bumi Mu'tah di Jordan ni. Aku tak balik Malaysia tahun ni sebab nak merasa sikit apa gayanya lama-lama duk di perantauan ni. sedih benor ke sambut Ramadan ngan bulan puasa tanpa keluarga, teruk sangat ke dengar lagu raya kat negara takde Melayu ni kan, betul ke rindu sangat sate air sirap tat nenas tu. Dan aku rasa aku dah dapat jawapan lah semenjak makin ramai balik Malaysia ni,  satu perkataan je aku mampu ucap: HAIHHHH..

Tapi takpelah, orang lain boleh je hidup sebelum ni takkan la sampai kat aku takleh kan? Komang sepanar la orang ganu sebut. Lagipun kebetulan Ramadan ni kena handle program sebab tak balik orang mintak jadi ajk program gaya-gaya ihya' Ramadan sikit, jadi takdelah teruk sangat. Sebab bila kau sibuk ni kau susah nak layan perasaan sebab banyak lagi yang kau nak kena fikir. *acah-acah sibuk*

Cakap pasal isi masa ni teringat pesan bekas Presiden PERMATA tahun 2000 kalau tak silap, kata beliau:

                                                "الوقت ان لم تعمله في الخير تعمله في الشر"                   
       "
Masa kalau tak dihabiskan untuk kebaikan akan digunakan untuk kejahatan." 

Aku sebenarnya tobat takde idea nak tulis apa tapi sebab nak isi lompong masa yang memang kosong ni, aku tulis jelah apa yang terlintas dalam zihin. Daripada aku buka Fb scroll, buka insta scroll, tukar ke Whatsapp pastu scroll Twitter dan kembali ke Fb sampai mereput, baik aku menulis kan. Ke tak baik jugak ?

Tapi mesti ada kan nilai yang korang boleh ambik? Tolong la cakap ada. Boleh la tu,  yang kata-kata Presiden PERMATA tu kira ok lah tu, bernilai kot kalau diamal. Ok dah, nanti aku bosan lagi aku update.

Waqi Karim.

1 comment:

  1. Kalau macam tu, sentiasalah bosan ye sebab boleh selalu update. Ye dok? Hmm btw keep it up bro!

    ReplyDelete